TEKNIK MENJAWAB SOALAN PENDIDIKAN ISLAM PMR
Persediaan Cemerlang Pendidikan Islam
• SEMUA PELAJAR MESTI MEMILIKI BUKU RUJUKAN
• NOTA RINGKAS TETAPI PADAT MENGIKUT BAB
• ADA SOALAN TAHUN-TAHUN LEPAS
• TAHU TAJUK SECARA TERPERINCI
• TAHU BENTUK SOALAN YANG TELAH KELUAR
• PENGUASAAN BAHASA MELAYU
• TAHU TEKNIK MENJAWAB
• DOA DAN TAWAKKAL KEPADA ALLAH
Format Instrumen Pendidikan Islam PMR
Jumlah Markah 100 Markah
Tempoh Ujian 2 Jam
Cakupan Konteks Semua Tajuk T1-T3
Aras Kesukaran P:K:C = 5:3:2
BENTUK SOALAN
1. Soalan terhad
2. Soalan tidak terhad
PANDUAN MENJAWAB SOALAN
Soalan yang berbentuk “Biodata/riwayat hidup”, berikan sekurang-kurangnya empat isi.
Soalan yang tidak meminta jumlah / bilangan jawapan, sila rujuk kepada markah.
Sebaik-baiknya berikan jawapan yang lebih daripada jumlah / bilangan jawapan yang dikehendaki.
Jangan terkeliru dengan soalan yang bersambung yang memerlukan dua jawapan.
Contoh; Jelaskan maksud Islam dan Iman.
Jawapan;
Islam; - Tunduk dan patuh kepada segala perintah Allah SWT.
Iman; - Berikrar dengan lidah, memebenarkan dengan hati dan melaksanakan dengan segala anggota.
Soalan yang meminta perbezaan, hendaklah dibuat kotak atau petak.
Sekiranya dibuat dalam ayat hendaklah menggunakan kata sendi atau kata hubung “Sedangkan” atau “Manakala”.
Contoh; Nyatakan dua perbezaan di antara wuduk dan tayammum.
Wuduk Tayammum
(i) Air mutlak - Debu tanah yang suci
(ii) Enam rukun - Empat rukun
(iii) Digunakan untuk beberapa - Hanya satu solat fardhu.
Solat fardhu.
(iv) Anggota wuduk - Anggota tayammum dua.
empat.
Jangan memberi jawapan yang berulang-ulang.
Soalan yang berkaitan dengan hukum, nyatakan satu hukum sahaja, samada sah atau tidak sah, batal atau tidak batal.
Contoh; Samsuri terlupa membaca Selawat ke atas Nabi Ibrahim dalam tahiyat akhir solat fardu Asar.
Jawapan;
Sah / tidak batal - alasannya membaca Selawat ke atas Nabi Ibrahim adalah sunat sahaja.
PANDUAN MASA PEPERIKSAAN
• Baca soalan dengan teliti.
Baca semua soalan yang dikemukakan dalam kertas soalan.
• Tidak gopoh dan ghairah ketika menjawab.
• Tandakan soalan yang dirasakan cukup persediaan.
• Jawab semua soalan
• Jawapan calon hendaklah dalam tulisan rumi atau jawi kecuali menulis petikan jawi
- tulisan jawi tidak digalakkan
• Kalau soalan hanya fokus kepada pihak tertentu,jawapan mestilah fokus kepadanya jugak,jangan libatkan pihak lain.
Contoh:
Terangkan kelebihan menuntut ilmu terhadap pelajar.
• Tapi kalau berbentuk umum,pelbagaikan fakta,jangan tumpukan hanya kepada satu pihak sahaja.
Contoh:
Terangkan kelebihan menuntut ilmu.
Jawapan mesti la kepada individu, masyarakat, keluarga,negara dan lain-lain.
Sunday 30 October 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment