Sunday 30 October 2011

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PENDIDIKAN ISLAM PMR

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PENDIDIKAN ISLAM PMR

Persediaan Cemerlang Pendidikan Islam
• SEMUA PELAJAR MESTI MEMILIKI BUKU RUJUKAN
• NOTA RINGKAS TETAPI PADAT MENGIKUT BAB
• ADA SOALAN TAHUN-TAHUN LEPAS
• TAHU TAJUK SECARA TERPERINCI
• TAHU BENTUK SOALAN YANG TELAH KELUAR
• PENGUASAAN BAHASA MELAYU
• TAHU TEKNIK MENJAWAB
• DOA DAN TAWAKKAL KEPADA ALLAH


Format Instrumen Pendidikan Islam PMR
 Jumlah Markah 100 Markah
 Tempoh Ujian 2 Jam
 Cakupan Konteks Semua Tajuk T1-T3
 Aras Kesukaran P:K:C = 5:3:2

BENTUK SOALAN
1. Soalan terhad
2. Soalan tidak terhad

PANDUAN MENJAWAB SOALAN
 Soalan yang berbentuk “Biodata/riwayat hidup”, berikan sekurang-kurangnya empat isi.
 Soalan yang tidak meminta jumlah / bilangan jawapan, sila rujuk kepada markah.
 Sebaik-baiknya berikan jawapan yang lebih daripada jumlah / bilangan jawapan yang dikehendaki.
 Jangan terkeliru dengan soalan yang bersambung yang memerlukan dua jawapan.
 Contoh; Jelaskan maksud Islam dan Iman.
Jawapan;
Islam; - Tunduk dan patuh kepada segala perintah Allah SWT.
Iman; - Berikrar dengan lidah, memebenarkan dengan hati dan melaksanakan dengan segala anggota.
 Soalan yang meminta perbezaan, hendaklah dibuat kotak atau petak.
 Sekiranya dibuat dalam ayat hendaklah menggunakan kata sendi atau kata hubung “Sedangkan” atau “Manakala”.
Contoh; Nyatakan dua perbezaan di antara wuduk dan tayammum.

Wuduk Tayammum
(i) Air mutlak - Debu tanah yang suci
(ii) Enam rukun - Empat rukun
(iii) Digunakan untuk beberapa - Hanya satu solat fardhu.
Solat fardhu.
(iv) Anggota wuduk - Anggota tayammum dua.
empat.


 Jangan memberi jawapan yang berulang-ulang.
 Soalan yang berkaitan dengan hukum, nyatakan satu hukum sahaja, samada sah atau tidak sah, batal atau tidak batal.
Contoh; Samsuri terlupa membaca Selawat ke atas Nabi Ibrahim dalam tahiyat akhir solat fardu Asar.
Jawapan;
Sah / tidak batal - alasannya membaca Selawat ke atas Nabi Ibrahim adalah sunat sahaja.


PANDUAN MASA PEPERIKSAAN
• Baca soalan dengan teliti.
Baca semua soalan yang dikemukakan dalam kertas soalan.
• Tidak gopoh dan ghairah ketika menjawab.
• Tandakan soalan yang dirasakan cukup persediaan.
• Jawab semua soalan
• Jawapan calon hendaklah dalam tulisan rumi atau jawi kecuali menulis petikan jawi
- tulisan jawi tidak digalakkan
• Kalau soalan hanya fokus kepada pihak tertentu,jawapan mestilah fokus kepadanya jugak,jangan libatkan pihak lain.
Contoh:
Terangkan kelebihan menuntut ilmu terhadap pelajar.
• Tapi kalau berbentuk umum,pelbagaikan fakta,jangan tumpukan hanya kepada satu pihak sahaja.
Contoh:
Terangkan kelebihan menuntut ilmu.
Jawapan mesti la kepada individu, masyarakat, keluarga,negara dan lain-lain.

Saturday 22 October 2011

Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM )
www.moe.gov.mywww.moe.gov.my

Pendidikan Islam Pemangkin Akhlak Mulia

Pendidikan adalah lambang masyarakat yang bertamadun. Beberapa tamadun dunia yang muncul dan hilang meletakkan pendidikan di tempat teratas bersama industri perdagangan, ketenteraan dan pengangkutan. Institusi pendidikan memainkan peranan yang sangat penting sebagai agenda pembangunan negara.
Di Malaysia, sistem pendidikan yang dilalui oleh setiap pelajar merangkumi sekolah rendah dan menengah yang mengambil masa selama 11 tahun. Pelajar-pelajar ini diberi pelbagai pendedahan untuk melengkapkan diri dengan keperluan dunia dan akhirat. Bagi pelajar muslim, mereka diberi pendidikan Islam bagi melengkapkan diri dengan kemahiran membaca al-quran dan ilmu feqah bagi memantapkan iman dan amal.
Rasulullah saw meninggalkan al-quran dan sunnah sebagai panduan kepada umat Islam yang menjadikan mereka sentiasa berada di jalan yang lurus dan tidak akan sesat selama-lamanya."Aku tinggalkan kepadamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang teguh kepada keduanya iaitu al-quran dan sunnahku." (Riwayat Abu Daud)
Ramai bijak pandai dan tokoh Islam menjadikan al-quran dan sunnah sebagai panduan kepada pendidikan Islam. Imam Al Ghazali menyatakan tujuan pendidikan Islam seharusnya kembali kepada Allah swt. "Bertaqarrub kepada Allah, bukan untuk mendapatkan jabatan kepimpinan, bermegah-megah dan berlumba-lumba."
Para sarjana dan cendekiawan Islam mempunyai pemikiran dan pendapat yang sama mengenai pendidikan Islam dengan meletakkan al-quran dan sunnah sebagai tempat teratas dan  merumuskan yang pendidikan Islam harus berperanan untuk membentuk peribadi yang memenuhi ciri-ciri insan kamil iaitu:
·         Mempunyai keimanan yang teguh.
·         Patuh dan tekun menjalankan perintah-perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
·         Mempunyai akhlak yang luhur.
·         Mempunyai sikap sosial yang baik.
·         Memiliki ilmu pengetahuan dan kematangan intelektual yang tinggi.
·         Mampu berdikari dalam segala aspek khususnya di dalam mencari rezeki untuk kehidupannya sendiri dan orang yang menjadi tanggungjawabnya.
·         Bersedia memikul tanggungjawab agama dalam segala aspek: peribadi, masyarakat, negara dan seluruh umat manusia.
Tujuan pendidikan umum ialah untuk membangun pemikiran termasuk minda dan personaliti secara menyeluruh, ia tidak memberikan kemahiran khusus tetapi membina personaliti yang menyeluruh . Oleh itu, pendidikan Islam harus mengambil kira kepentingan dunia dan akhirat supaya kekuatan individu dan masyarakat yang dibina dapat memberi makna kepada pembentukan negara yang dihormati.

Thursday 20 October 2011

PROGRAM PENYEMBELIHAN AYAM

PROGRAM AMALI PENYEMBELIHAN AYAM
TINGKATAN 3 TAHUN 2011
ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SAM MUHAMMADIAH PEKAN SABAK, SABAK BERNAM , SELANGOR.
PENYELARAS : USTAZ SALLEHUDIN SARIF

Ustaz Sallehudin dan Ustaz Elias bin Hashim ( SK Sri Sekinchan – penceramah jemputan) memberi penerangan tentang cara-cara menyembelih ayam mengikut hukum syarak.


 Para pelajar amat berminat belajar menyembelih ayam dengan penuh minat.

Dua orang pelajar cuba memegang ayam hidup-hidup. Pertama kali dalam hidup…geli kot!
bersambung lagi !




Tuesday 18 October 2011

ukm